Mengenai saya

Nama saya Zuraidah Sainan. Saya berasal dari Melaka dan di lahirkan pada 2 Mac, 1960. Saya berkelulusan Bachelor in Landscape Architecture dan bekerja di sebuah PBT di Selangor. 


Saya mempunyai 4 orang anak dan seorang cucu. Semua anak saya telah dewasa, dua orang telah bekerja dan dua orang lagi akan tamat pengajian dalam bidang perubatan dalam tempoh 3 tahun lagi. 

Saya menemui bisnes ini secara tidak sengaja kerana pada mulanya saya hanya mencari penawar kepada kesakitan saya yang telah saya alami sejak remaja lagi. Tak taulah pula di sini ada lubuk duit yang memberikan peluang untuk menjana pendapatan lumayan kepada yang serius mahu memenuhi impian mereka.

Perubahan pada diri saya rasakan sebelum habis sebotol produk saya ambil. Saya bertenaga, kepala tenang dan tidur lebih lena. Yang saya tidak sangka, dalam masa empat bulan saya dapati berat badan saya turun sehingga 8kg, kebetulan saya ambil produk tu semasa bulan puasa, tapi saya masih maintain hingga sekarang.

Perubahan tersebut telah membuat kawan-kawan sekeliling bertanyakan rahsia saya kerana saya nampak lebih sihat walaupun berat badan turun. dari situ mulalah saya berkongsi prosduk dan pada masa yang sama membina rangkaian saya. Walaupun begitu saya tidak berhenti belajar untuk mendalami ilmu dan kemahiran dalam bisnes ini sebab saya rasa semakin banyak saya belajar, semakin banyak ilmu yang saya tidak tahu.

Saya dapati bisnes ini mudah dipelajari oleh mereka yang mahu berubah. Ganjaran yang diperolehi pula sangat lumayan dan boleh diwarisi pula. Saya tidak ragu-ragu lagi dengan bisnes ini dan ia akan menjadi kerjaya saya apabila pencen tidak lama lagi. Saya cari ubat tapi saya jumpa yang lebih dahsyat.

Anda boleh berhubung dengan saya melalui kaedah:

Jadi rakan saya di:
Di Facebook
Di Skype : zurai60
Jika belum ada skype, download di sini 

Email (Pastikan isi maklumat anda yang betul untuk saya hubungi)

  • --


Salam perkenalan dan berjumpa kita di puncak jaya.


Diamond Leader
Zuraidah Sainan
Success Coach Anda