Vemma atau Monavie?


Kadangkala bila saya bercakap tentang Vemma dengan seseorang, ada antara mereka menyebut tentang “Sama je dengan Mona Vie®, boleh dapat dimana-mana dan harganya lebih murah”. Apa bezanya? Saya pun mencari maklumat mengenainya di internet. Bayangkan bila saya taip  Vemma® vs Mona Vie®, rupanya ramai yang nak tau. Ini menunjukkan mereka ingin tau produk mana yang lebih bernilai kepada mereka. Mungkin anda juga minum Mona Vie® dan anda nak tau apa kelebihan yang ada pada Vemma®.  Mungkin juga anda dah jadi pengguna Vemma® tetapi ingin tau lebih lanjut mengenainya untuk memberi anda keyakinan bila bercakap tentang kehebatannya produk Vemma®.


Walau apa pun alasan anda, saya alu-alukan anda lihat perbezaannya dari keputusan ujian-ujian yang dibuat oleh pihak ketiga di sini dan buatlah keputusan sendiri. Saya pun buat perbandingan seperti anda sebelum saya buat keputusan untuk sertai Vemma® dulu.  Apa pun lihat dulu maklumat yang saya temui ni........


Majalah Men's Journal® telah buat ujian sendiri dan melaporkan dalam artikel "Superjuices on Trial".  Vemma diiktiraf oleh mereka sebagai "Best Overall" dari semua jus yang diuji untuk “Tahap kandungan vitamin C dan antioksidan” ("Sky-high vitamin C levels and solid in antioxidants").


Mona Vie, ditempatkan di bawah kategori "Not so Super" dan menyatakan bahawa Mona Vie “mempunyai kandungan anthocyanins and phenolics yang sangat rendah. Jus epal yang juga didapati rendah kandungan vitamin C dan antioksidan pun mengandungi lebih phenolic di dalamnya. Tambahan pula, kandungan vitamin C dalam Mona Vie adalah lima kali lebih rendah dari produk Jus Anggur Welch's®”. Maknanya tak banyak nutriennya kan."


Jadi, saya syorkan anda buatlah keputusan yang betul. Saya suka bila anda nak buat pilihan yang terbaik untuk kesihatan anda. Ujian-ujian dijalankan oleh pihak ketiga ole ke atas kedua-dua produk untuk menganalisa kandungan phytonutrient, 12 vitamin  dan nilai ORAC (Kadar serapan radikal bebas). Yang penting untuk kita perlu memilih jus yang lengkap dan boleh memberi kesan yang positif kepada keluarga kita agar berbaloi dengan harganya. 


Apa bezanya ya? Pasukan kajian telah memilih manggis dan beri acai untuk membuat perbandingan. Acai sangat baik tetapi manggis dalam Vemma adalah lengkap.  Tiada alasan lain, semasa membuat keputusan mereka guna perkataan “lengkap” sahaja. Vemma diformulasi oleh doktor, diuji secara klinikal yang bukan hanya kaya dengan phytonutrien, nutrien yang kritikal dan memainkan peranan penting untuk kesihatan seseorang, tetapi mempunyai tahap kandungan vitamin yang agresif, mineral berasaskan tumbuh-tumbuhan dan antioksidan untuk ketahanan sistem imun dan memberikan banyak tenaga.


Dari hasil kajian, kandungan vitamin Mona Vie adalah sederhana, lebih kurang satu pertiga Vemma, kandungan phytonutrien  adalah apa yang ditekankan mereka, iaitu phytonutrient khusus dipanggil proanthocyanidin. Ia adalah jenis phytonutrien khusus yang boleh membantu banyak masalah kesihatan. Flavonoid kelas ini memang mempunyai reputasi sebagai antioksidan yang berkuasa atau penghapus radikal bebas.  Proanthocyanidin juga membantu mengukuhkan kolagen dan elastin.


Kedua-dua jenis protin berserat ini terdapat dalam tisu-tisu penghubung yang menyokong organ-organ, sendi, salur/pembuluh darah dan otot kita. Apa yang penting adalah, kesemua ujuan terhadap phytonutrien menunjukkan buah manggistergolong dalam kategori buah elit superfruit. Anda bolehlah buat kajian mengenai kepentingan

Saya amat yakin anda seperti saya juga, bila ia berkaitan dengan kesihatan, kualiti adalah yang paling kita pentingkan. Susah kan nak nilaikan kesihatan kita kan? Sebenarnya kalau kita mementingkan kesihatan diri dan orang lain, memang kualiti akan diutamakan. Ia mengenai apa yang ada dalam botol yang kita beli, selengkap mana formula produk itu dan apakah kesan yang akan kita lihat. diperolehi. Anda yang tentukan. Fakta akan menunjukkannya. Buatlah keputusan yang betul untuk anda dan keluarga anda. Kita cuma ada satu tubuh, jaga ia sebaik mungkinsupaya anda boleh menjaga ahli keluarga anda dan orang lain.